KUALA LUMPUR: Kebimbangan jadi mangsa kemalangan atau paling tidak basah lencun ketika hujan yang dihadapi penunggang motosikal kini boleh dielakkan dengan pembinaan 119 tempat berteduh khusus buat mereka di seluruh negara.
Inisiatif di bawah Bitara MADANI itu merupakan kerjasama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuh Raya (LLM) selain turut melibatkan 33 syarikat konsesi lebuh raya.
Ahli Bersekutu Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud yang memuji usaha itu, mencadangkan agar papan tanda amaran bersesuaian dan mencukupi disediakan bagi memastikan pengguna jalan raya lain menyedari kewujudan tempat berteduh tersebut seterusnya memperlahankan kenderaan mereka ketika melaluinya.
"Saya yakin KKR serta pihak konsesi lebuh raya akan membuat kajian terperinci tentang komponen penting yang perlu disediakan dan lokasi teduhan yang biasanya mempunyai bilangan pengguna motosikal lebih banyak berbanding lokasi lain," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Pada 4 Ogos lepas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan 119 tempat berteduh akan dibina di lebuh raya seluruh negara dalam usaha memudahkan penunggang motosikal berteduh terutama ketika hujan.
Menurut Nanta 40 daripada 119 tempat berteduh baharu itu dijangka siap tahun ini, manakala selebihnya tahun depan dan ia adalah tambahan daripada 353 tempat berteduh sedia ada.
Tempat berteduh yang disediakan untuk penunggang motosikal kini adalah jenis berdiri sendiri (stand-alone) dan bawah jambatan oleh pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) seperti di Kilometer (KM) 18.8 (arah utara) Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan KM429.2 (arah selatan) Lebuh Raya Utara Selatan yang sedang dalam pembinaan.
Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Marwan berkata pembinaan tempat berteduh itu membolehkan penunggang dan pembonceng motosikal berteduh dalam keadaan lebih selesa tanpa kerisauan dilanggar atau dirempuh dari belakang.
Beliau berkata ini kerana kedudukan dan jarak tempat berteduh jauh dari jalan raya serta terlindung di sebalik besi penghalang jalan.
"Dengan ini risiko kemalangan melibatkan kenderaan lain dapat dikurangkan secara drastik," katanya.
Sementara itu, pekerja p-hailing Muhammad Afiq Muhammad Nasriq, 26, berkata inisiatif itu memudahkan pergerakan beliau bersama isteri yang berulang-alik dari rumah di Shah Alam, Selangor ke tempat kerja di sini menggunakan laluan NKVE.
"Jarak antara rumah dan tempat kerja kira-kira 35 kilometer, apabila hujan agak sukar cari tempat berteduh dan adakalanya basah kuyup, barangan seperti bag dan telefon juga basah," katanya.
Sumali Samsuri, 48, yang sering menunggang motosikal melalui NKVE untuk ke tempat kerja di sini pula berkata inisiatif berkenaan bukan sahaja menjamin keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal, tetapi juga mengurangkan kebimbangan keluarga.
"Selalunya saya akan singgah di stesen minyak atau perhentian bas untuk berteduh, tetapi keadaan tempat yang sempit dan motor basah menyebabkan saya berasa tidak selesa.
"Apabila hujan, jalan licin dan lorong khas untuk motosikal pun ada yang berlubang serta bertakung hingga membahayakan pengguna. Isteri selalu pesan supaya berhati-hati kerana risaukan saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023
Nanta menunggang motosikal ketika lawatan kerja ke Inisiatif Bitara Malaysia Madani KKR bagi Penambahbaikan dan Penambah Tempat Berteduh Penunggang Motosikal Plaza Tol Kota Damansara, 4 Ogos 2023. - Gambar fail BERNAMA
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
HUAWEI tawar teknologi pengurusan bencana
Huawei menawarkan kepakaran kepakaran mereka dalam Sistem Pengurusan Bencana , Amaran Awal Bencana dan Sistem Pemantaun Banjir.
Polis buru lelaki kes samun bersenjata tular di FB
Polis sedang giat memburu seorang lelaki terlbabit dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong di Ipoh, pada Rabu.
Tempat berteduh motosikal jamin keselamatan, sedia papan tanda mencukupi
Inisiatif di bawah Bitara MADANI itu merupakan kerjasama antara KKR dan LLM selain turut melibatkan 33 syarikat konsesi lebuh raya.